Tuesday, July 28, 2015

Giatmara, Graphic Design and Advetising 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... ini merupakan post sulung iaitu cerita yang mahu aku kongsikan di tahun 2014 ni... saat ni juga merupakan Ramadhan yang ke 7, dan aku pun baru sahaja tamat kursus Graphic Design & Advertising (GDA Sesi 1/2014). Dan sekarang sedang buat pratikal di kedai Ilham Nur Syifa dekat Kepala Batas. Kedai ni menyediakan perkhidmatan borong baju, banner, business card dan banyak lagi. Pratikal ni di namakan program INPLACE bawah mara, so masih dapat elauan RM200, kalau ada rezeki, majikan bagi la sikit... aku post artikel ni nak kongsi pengalaman dan juga maklumat kepada sesiapa yang mencari maklumat mengenai kursus ni....dan mengenai Giatmara Bagan. Walaupun aku tak banyak maklumat, maklumat yg ada mungkin blh membantu serba sedikit.

Tenaga yang mengajar dalam kursus ni ada dua orang, iaitu mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang yang di ajar, mereka berdua juga mempunyai perniagaan sendiri, daripada apa yang di ajar, memang senang nak faham dan pick up, walaupun aku tak minat seni dan mengenai seni ni aku jahil selepas aku belajar, banyak ilmu yang aku dapat. Daripada tak suka, jadi minat. Pelatih yang diambil setiap sesi adalah 20 orang pelatih, setahun ada dua sesi iaitu sesi Jan-Jun dan Julai-Dis. Selagi masih kosong kursus selagi tu boleh masuk.
Masa sesi aku, terdapat 19 orang pelatih pada mulanya, dan berakhir dengan 8 orang pelatih. Ni pun sebab ramai yang sambung belajar, dan ada beberapa orang tidak dapat memberi komitmen dengan sepenuhnya. Peralatan yang disediakan memang mencukupi untuk sepanjang pelajaran, dalam kursus ni terdapat dua jenis pelajaran iaitu teori dan juga amali.

Sekarang aku akan terangkan modul yang aku pelajari.
Modul 1- Keselamatan Dalam Bengkel, modul ni mengajar kita supaya peka dengan persekitaran dalam bengkel sebelum, semasa dan selepas melakukan projek. Untuk memahami dan alert dengan persekitaran, kami di bahagi kepada beberapa kumpulan, dan diberi tugasan untuk menerangkan sub-modul dengan lebih mendalam, seperti pembentangan mengenai pemakaian dalam bengkel, dan melakonkan keadaan cemas yang mungkin berlaku.

Modul 2 - Elemen dan Prinsip Design, sebelum kita beljar lebih mendalam kita mesti la mengetahui asas-asas seni, apa yang perlu ada dalam design, dan menjadi panduan dalam mereka bentuk sesuatu. Terdapat 8 elemen dan 8 prinsip dalam design.

Modul 3 - Pemasangan Komputer, di mana kita akan belajar macam mana nak buat pemasangan perkakasan/peranti komputer, perisisan sistem operasi dan memasang perisisan aplikasi. Semua ni akan diajar dlam teori dan amali. Bila sampai kepada amali ia akan buat kita mudah faham, dan mudah ingat. Selain itu, ilmu ini akan membantu kita pada masa hadapan, sebagai seorang designer, komputer merupakan alat yang membantu kita dalam membuat design, tanpa membuang duit yang banyak dengan membaiki di kedai, kita boleh buat sendiri dan mengenal pasti dimana kerosakan yang dialami komputer.

Modul 4 - Menghasilkan Illustrasi Vektor, dalam modul ni kita akan diajar menggunakan Adobe Illustrator dalam mereka bentuk. Untuk sesi aku, kami diberi tugasan untuk mereka karakter karton yang bertemakan graphic design.

Modul 5 - Memanipulasikan Imej Digital, di mana kita akan diajar bagaimana untuk dapat kan imej dari pelbagai sumber. Selain itu, kita akan diajar bagaimana menggunakan Adobe Photoshop. Kita akan mencantikkan lagi gambar atau mencipta identiti baru untuk gambar lama.

Modul 6 - Menghasilkan Rekabentuk Tipografi, dalam modul ni kita akan buat design dengan menggunakan huruf. Dan panduan bagaimana untuk design dengan lebih baik. Kita juga akan mengenal lebih rapat dengan huruf, seperti keluarga huruf, badan2 huruf.

Modul 7 - Menghasilkan Rekabentuk Identiti Korporat, kita akan belajar untuk design logo, business card, memo, letter head, envelope and gift. Kita juga akan belajar untuk membuat brosur, iaitu pengiklanan. Dan juga cara untuk pembentangan yang lebih menarik.

Modul 8 - Menghasilkan Rekabentuk Pembungkusan Produk, untuk modul ni kita akan di ajar untuk membuat rekabnetuk yang lebih menarik untuk pembungkusan makanan dan juga makanan. Kita juga akan tahu sebab musabab kenapa perlu ada pembungkusan yang lebih menarik.

Modul 9 - Menghasilkan Rekabentuk Pengiklanan, modul ni terbahagi kepada dua, iaiti Pengiklanan media digital dan juga media cetak. Media digital kita akan buat filem pendek. dan kita diajar proses sebelum pembikinan sebuah filem... dan untuk media cetak kita akan buat design untuk sesuatu produk melalui pengiklanan kertas or apa sahaja yng dicetak.

Modul 10 - Merekabentuk Papan tanda, dalam modul ni kta akan belajar pelbagai jenis papan tanda dan buat papan tanda yang dapat memberi maklumat kepada pengguna.

Modul 11 - Membangunkan Pengiklanan Lengkap, ok ni modul terakhir yang akan membuat kita kelam kabut, sebab modul ni modul terakhir, kita perlu mebuat pengiklanan yang lengkap dalam masa yang diberi, kami hanya buat seminggu, memang kelam kabut makmal kami, tu pun dilanjutkan kepada beberapa hari sebab tak dapat nak on time kan....tapi alhmdullah selesai..

ok kepada kawan-kawan, adik-adik, akak n abang yang nak join, boleh la join tak susah kalau dah tahu, banyak pengalaman, peluang kerjaya memang banyak. Lagipun sekarang banyak syarikat perlukan kemahiran.... Dan kita juga akan diajar untuk buka perniagaan di masa depan, mara akan bantu kita dalam membuka perniagaan.. banyak peluang untuk bumiputra...pandai guna peluang InsyaAllah...

ok la sampai sini sahaja coretan di blog sederhana ni.....

MelEtAkkaN Allah AnTarA CinTa ManUsIa DiberkaTi Allah

7 comments:

  1. trima ksih utk info yg berguna .. :)

    ReplyDelete
  2. thanks. tahun depan saya amik kursus ni. please wish me luck!

    ReplyDelete
  3. terbaik explanation...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.wbt
    Saya ada send email ke : ez_ra51@ymail.com. Jika ada masa, minta tolong reply ya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sangat2 sbb share! Sangat membantu! Salam dari Tamparuli, Sabah 👍🏻👍🏻

    ReplyDelete