Saturday, January 28, 2012

Perbezaan antara Cinta Lelaki Dengan Cinta Perempuan...



Tanda cinta telah mencapai puncak adalah ketika seorang perempuan telah menunjukkan sikap angkuh,sedangkan lelaki mempunyai sikap sombongnya.

  1. Ketika ada wanita yg membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.
  2. Wahai lelaki, ketika kau merasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti kau mencintainya.
  3. Di sebalik kejayaan setiap wanita, dia pernah melalui kegagalan dalam bercinta.
  4. Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki, ternyata merupakan persoalan hidup dan mati bagi wanita.
  5. Ketika lelaki mengatakan "Perempuan itu tidak mempunyai hati", bererti wanita tersebut telah berjaya merebut hatinya.
  6. Cinta seorang lelaki bagaikan menulis di atas air atau paling hebat seperti menulis di atas pasir.
  7. Hati wanita yg mabuk dilamun cinta bagaikan mihrab emas yang biasanya hanya patung tanah yang berlndung dibawahnya.
  8. Bagi wanita,ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya iaitu mencintai,dikecewakan dan kemudian bersedih.
  9. Banyak lelaki yang membunuh diri kerana cinta, tapi wanita jauh lebih ramai.
  10. Cinta ialah sebuah kisah yang didalamnya terdapat wanita yang bangga berperanan sebagai pahlawan. Sedangkan bagi lelaki dia lebih memilih pengarangnya.
  11. Dalam kehidupan seorang wanita, ada satu masa yang dia merasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.
  12. Cinta, wanita, lelaki dan larangan.
  13. Betapa pun seorang wanita bermulut seribu, namun cinta akan mangajarnya diam.
  14. Wanita tercantik adalah wanita yang mengetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.
  15. Dalam bercinta, seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya.
  16. Ketika wanita mencintai seorang lelaki,sekali-kali dia tidak akan merendahkannya.
  17. Dalam cinta, lelaki adalah penyerang dan wanita yang bertahan.
  18. Dalam bercinta, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecualu satu hal,iaitu mencintainya terus-menerus.
  19. Keinginan seorang wanita dapat diubah-ubah oleh orang yang dia cintai.
  20. Dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada wanita, namun tidak demikian dalam cinta.
  21. Dalam cinta lelaki bak serigala ganas, hati-hatilah! Manakala wanita pula sanggup menyerahkan segalanya dan sedia berkorban.
  22. Cinta mungkin berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak sedemikian.
  23. Tiada apa yang mampu mencabut cinta daripada hati seorang wanita, selain cinta baru.
  24. Seorang wanita tidak mampu hidup tanpa orang yang dia cintai.
  25. Cinta merasuk dalam jiwa seorang wanita dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan kekaguman.
  26. Wanita mencintai pasangannya untuk dirinya,demikian juga dengan lelaki.
  27. Cinta seorang lelaki tidak lebih dari selembar sampul depan, namun cinta seorang wanita bagai lembaran-lembaran kertas yang tiada penghujungnya.
  28. Kebahagian wanita adalah ketika dia dapat mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.
  29. Ketika wanita jatuh cinta, dia memulakannya dengan kekhuatiran,ketakutan dan prasangkan.
  30. Perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri seorang wanita.
Daripada tanda-tanda ini,mungkin kita akan bertanya,"Adakah saya mengalami apa yang mereka alami? Atau saya mungkin sangat berbeza dengan semua itu? Atau hanya beberapa tanda sahaja yg benar2 ada pd dri kita & sebahagian yang lain tidak ada?"

copy from: Terapi Patah Hati
Edaran "mustread" ::addin::
pengarang: Salahudin Abdul Razak Rusyidi Ramili Al-Jauhari

MelEtAkkaN Allah AnTarA CinTa ManUsIa DiberkaTi Allah

No comments:

Post a Comment